:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





20 November 2008

saya moody

mood malam ni tiba2 menjadi sgt2 sensitif..cepat benar aku terasa hati..keadaan jadi xstabil..hampir semua benda buatkan aku terasa..

masa dj chaq on air..berkumandang lagu exist-untukmu ibu..semakin la rasa keadaan ni sangat2 memilukan..pada masa yg sama..aku teringat kat dia..aku teringat kat seorang manusia yg aku xpernah lupa..

mungkin sb masa tgh dj td aku termention nama dia..buatkan kesan tu terbawa smpai ke saat ini..sesungguhnya aku sangat2 rindukan dia..

susah sungguh perasaan ni..pada masa skg ni aku rasa mcm nak menangis..aku rindukan arwah mak..aku rindukan seripah..

tolong la..tolong la wujud sekejap dalam kehidupan ni..aku sangat penat..

perasaan menunggu ko tu ibarat aku menunggu kesempurnaan dalam hidup..even aku tau yg kita manusia ni mmg xsempurna..

ko memang jahat..dan aku masih tetap rindukan ko..

19 November 2008

errpp..alhamdulillah

huhu..kenyang ke?

tak la..actually,sbnrnya skg ni aku lapar..dah makan roti tadi..tapi still lapar..tajuk entry kali ni sebenarnya saje je pun..masa aku start nk menaip td aku tingat plak ayat yg kuar drpd mulut seorang manusia..masa tu dia baru lps makan..then tiba2 dia sendawa..kuat plak tu..

"errpp..alhamdulillah"

mood aku pada arini tampak lebih ok berbanding semalam..pagi dimulakan dgn kesejukan terhadap sistem air-cond..kalo biasa bleh mangun kul 10, kali ni kul 9 dh siap2 dh..cuma time nak mandi tu, perasaan seolah2 aku ada kat medan perang..punya la takut nk sentuh air..hot water xberfungsi dgn baik plak lately ni..so setiap pagi menghadapi sejuk yg mencengkam ke tulang rusuk..

masuk ofis start online dulu..pastu kul 10.30 pi inspection..sementara tggu Khai dtg, aku beli sapan roti sardin 3 ketul..pastu sesambil makan sesambil dok sandar kat tiang sesambil mata mengadap jalan..

lepas inspection..aku dibelanja nasik lemak..lepas mkn nasik lemak..aku balik opis jenguk muka..kul 12 aku kuar..pi tido dlm surau..kul 2 aku bangun..ujan lebat..sambung tido smpai kul 3..err, tido siap pakai selimut tu..sebab air-cond sejuk..

masuk opis kul 3.30 pastu buat2 mcm ada keje..pastu kul 4.30 masuk opis konsultant..dok lepak baca paper..pastu online kat pc sana..bos balik kul 7.30 so lps tu aku balik ke pc skg ni..tggu seseorang kat YM..she's appear..dok mendj sesambil YM dgn dia..nak call tp dia xde mic..pastu kul 12.30 pass radio kat betik..

kesimpulannya..happy sebab apa? sebab dpt pass radio kat betik ke or sebab dpt YM dgn seseorang?huhuhu..

..pending on discussion..

17 November 2008

satu nama

lama dah xmenaip blog..actually, xde pape yg penting pun pada entry kali ni..apa yg aku bleh katakan, perasaan pada pagi ni agak happy..

di saat MIRC tidak menampakkan tanda2 utk wujudnya satu nama..di saat itu jugak YM memunculkan si invisible utk ke dunia nyata..

seronok kerana kamu ada..seronok kerana cuma aku yg terpilih utk di'appear'..

well said..mata ini bagai digam-gam..thank u kpd sesiapa yg masih membaca..

09 November 2008

untuk aku yang memahami

lama aku memandang keyboard..berfikir dan terfikir tentang frasa ayat yang paling sesuai untuk memulakan pentaipan..sedang jauh minda aku menerawang mencari logik, tiba2 akal menjadi buntu..otak aku terus terkemam dalam tengkorak sendiri..pemikiran lantas menjadi kurang stabil..dan aku memulakan entry ini dengan begitu tidak bergaya sekali..

bagaimana pula dengan perut?tak usah ditanya kemana lapar itu pergi..kerana sesungguhnya perut aku masih tetap kat sini..

malam dimulakan dengan tatapan terhadap lagenda kehidupan sendiri..menatap setiap helaian gambar membuatkan hati aku menjadi sebak..terasa ingin menjerit tetapi pada masa yg sama mulut aku tetap mengukir senyum..terasa ingin berlari tetapi hati tetap tak ingin pergi..

sesungguhnya aku sangat rindukan kamu..melihat senyuman itu, memandang cebisan gambar yang terbaru, membuatkan aku tahu yang kamu gembira di situ..at least, aku nampak yg kamu gembira pada waktu itu..

dalam pada masa yang sama..kamu membuatkan aku terfikir..masihkah ada ruang untuk cerita ini kembali seperti dulu..tetapkah ada peluang utk menyambung kisah kamu dan aku..dan kalaulah benar kesempatan tu ada cuma untuk seminit, pinjamkanlah aku seutas jam tangan yang rosak. biar seminit tu takkan berlalu..kerana aku sangat sayangkan kamu..

kepada mereka yg tertentu, harap maaf..kadang2 tu, cerita daripada aku tidak semestinya berlaku pada waktu yang kamu mahu..bila masa memerlukan aku untuk menggarap epidod berdasarkan kesesuaian mood, bermakna aku memang memerlukan masa itu..aku sangat memerlukan masa itu..bukan kerana ingin men'delay' sesuatu..

harap bersabar kerana ini adalah cerita aku..

07 November 2008

blog berantai

kekusutan.. -------tampal kokyok <---- salah.. kusut kena seterika atau sikat je kasi lurus <--- salah jugak..kusut kena guna syampoo dove mcm julia..

hidup ini mengaspirasikan perjalanan yg sendat..---perjalanan sendat xpe,jgn pakaian sendat <----- salah.. perut makin besar sbb tu pakaian semua sendat <---- salah..perut kyra mmg semulajadi besar sebab tu sendat..

rentetan cerita pula mengimplikasikan memori yg tidak tersusun..---kenalah susun balik <-- salah ..sapu masuk dlm tong sampah je <---- salah..kena suruh kerani yg susun..

apa yg pasti..------sudah pasti <---salah.. apa yang pastinye? <---- salah..yang tak pasti tu ialah kasih yang tak pasti..

hati masih lagi berharap..----jantung pon kena berharap jgk..takut tk berdegup dak dup dak dup <--salah.. kena harap kat darah jugak.. <---- salah..kena harap pada Allah..

akal masih tetap menggarap..--yerlah sbb akal kena fikir <-- salah sebab org lain tolong fikrkan <---- salah..sebab tak kena..

kepada kenangan yg xpernah tertulis di dada kertas..--tp klu suh awek kita tulis atas dada kita lg bguskn..tulis love..hehehe..awek terkejut bulu dada kita panjang.. <--- salah.. ketam tak ada bulu dada.. bulu dada dia tampal je.. <---- salah..bulu dada ketam memang panjang..aritu dia tocang bulu dada dia depan aku..

kepada kenangan yg xpernah tercacat di dada waktu..--tp klu tercatat di dada waktu,kita leh catat dlm buku waktu..mana tau kita senang nk tgk waktu solat..hehehe <--- salah.. ejaan ketawa tidak betul.. sepatutnya di eja begini ..hahahaha <---- ejaan tu dh hampir nak betul..hahaha..tapi tetap salah jugak..waktu mana ada dada..

terima kasih kepada ingatan yg diingat dengan penuh ingatan..----tima kaseh jgk pd tuhan kerna beri kita ingatan tanpa dilihat <-- kali pertama ayat ini betul <--- salah..bukan kerna..tapi kerana..

kepada kekusutan..perasaan ini sangat2 kepelbagaian..--suh awek kita picit-picit dahi kita,spy tk kekusutan lg dn xde kepelbagaian lg..try lh <--- masih lagi salah.. kalu kusut hantar dobi je kasi diaorg tolong seterika <---- masih jugak salah..kalo kusut jugak bleh pi buat teknik rebonding..biar wambut tak kenteng mcm kyra..

kepada kehidupan..aku masih sayangkan kamu..---kpd awek aku, aku tetap sayang kamu dlm kehidupanku..<-- confius.. ketam ada awek ke? <---- blur..awek ketam suka kat bulu dada ketam ke?

kepada dunia..aku ingin beradu..---selain tuhan yg maha esa,family,kawan-kawan, aweklah tempat kita ingin beradu.. hehehe <-- hishh tak paham bahasa.. kalau nk beradu masuk bilik la tidur.. jgn lupa tutup lampu <---- salah..sepatutnya kena tutup mata..

sekian terima kaseh.. <-- tak hingin aku kat kasih mu itu <---- first time betul..aku pun tak hingin kasihmu itu..
ketamhansome <---- salah..tak hensem..:D

04 November 2008

kekusutan

kekusutan..

hidup ini mengaspirasikan perjalanan yg sendat..

rentetan cerita pula mengimplikasikan memori yg tidak tersusun..

apa yg pasti..

hati masih lagi berharap..

akal masih tetap menggarap..


kepada kenangan yg xpernah tertulis di dada kertas..

kepada kenangan yg xpernah tercacat di dada waktu..

terima kasih kepada ingatan yg diingat dengan penuh ingatan..


kepada kekusutan..perasaan ini sangat2 kepelbagaian..

kepada kehidupan..aku masih sayangkan kamu..

kepada dunia..aku ingin beradu..