:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





18 January 2006

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Kisah benar ini telah diadaptasikan daripada sebuah kejadian yang berlaku pada segelintir masyarakat kita. Nama watak dan plot cerita telahpun diubahsuai serta ditokok tambah oleh penulis untuk menyembunyikan identiti watak asal. Jika terdapat sebarang persamaan, itu hanyalah kebetulan yang disengajakan.

“Tolong!! Tolong!! Uwuu uu..Tidak!! Aku tak bersalah!! Het yu!!” jerit Naruto sambil meronta-ronta di atas katil beliau.

“Hoi!! Hoi!! Ngigau ke? Bangun la..dah subuh ni..” kata toxic, imam masjid dalam kampung yang bakal diceritakan nanti.

Alkisah..alkisah maka tersebutlah kisah tentang kehidupan sekelompok masyarakat majmuk yang tinggal di sebuah kampung. Adapun kampung ini dikenali dengan kampung Webmas jualah adanya. Maka kampung ini telah ditadbir dengan jayanya oleh Nars, selaku ketua kampung yang berjasa kepada masyarakat sekaliannya. Seperti yang biasa dipaparkan dalam drama-drama dan filem-filem tempatan, Nars yang bertindak selaku ketua ini juga telahpun berumahtangga dengan seorang ceygu iaitu makcik seripah_t.

“Eleh.. Nars ko tak panggil pakcik pun. Apsal aku ko panggil makcik plak?”

“Hehehe..sukati aku la..”

“Angangnya dak ni..”

“Kesabaran kak pah.. Kesabarannn”

Hasil perkongsian hidup mereka selama hampir setahun, pasangan ini telahpun dikurniakan dua orang cahaya mata. Hatta anak yang pertama ini bernama Mamu. Hal ini kerana asal usulnya makcik seripah_t adalah daripada utara semenanjung. Maka dinamakanlah anak beliau dengan nama yang sedemikian kerana terkenang akan mamu beliau di kampung. Namun demikian, tiadalah penduduk kampung tersebut memanggil anak mereka dengan nama yang diberi. Anak pasangan ini lebih dikenali dengan nama abe^mu jualah adanya.

Maka anak mereka yang kedua ini pula lebih dikenali dengan nama due. Tidaklah perlu untuk penulis menyatakan nama sebenar beliau. Jika penulis menyatakan bahawa nama due ini ialah Ridzuan, takut-takut nanti akan mengingatkan seseorang kepada seseorang yang lain. Hehe.. Apa yang pasti, gelaran due ini diperoleh kerana statusnya sebagai anak yang kedua.

“Err..aku orang utara kan? Awatnya nama anak-anak aku sume2 macam orang pantai timur plak? ”

“Entahnya ko ni echi.. Ade ke aku kena jadi ketua kampung. Patutnya aku jadi pengawas la..”

“Hahaha.. dah2..aku nak sambung..”

Ada pun abe^mu ini hidupnya tiadalah tetap untuk tinggal di sesuatu kawasan. Pernah penulis menjumpai beliau di kampung EFNet suatu ketika dulu. Penulis juga pernah diajaknya untuk bercanda di sebuah kampung yang tidak dapat diingati untuk bermain trivia. Berlainan pula dengan due yang mengusahakan sebuah kedai mamak di kampung tersebut. Di kedai itulah berkumpulnya makhluk-makhluk yang bakal merencanakan masa depan negara suatu ketika nanti.

Bersebelahan dengan rumah pasangan ini, tinggallah pasangan aJuL dan Luv. Adapun pasangan ini baru sahaja berkahwin seperti jua rizal dan pasangannya. Namun demikian, masih tiada jualah rezeki untuk mereka menimang cahaya mata. Puaslah sudah mereka cuba untuk merujuk kepada toknet, seorang bomoh misteri yang menjalankan perkhidmatan melalui internet. Akan tetapi, seringlah toknet ini tiada di base beliau hatta kekerapannya mengorat makcik seripah_t apabila Nars tiada di rumah.

“Sudah. .aku pi mana plak? ”

“Haa..ni la aku nak citer ni..”

Adapun Nars ini seringlah melakukan aktiviti di luar kampung tersebut bersama teman seangkatannya, Wak. Dikhabarkan bahawa mereka seringlah pergi bercuti di sekitar Malaysia, mostly kat Langkawi untuk aktiviti skuba ke diving ntah aku pun tak sure. Pernahlah jua mereka mengajak makcik seripah_t untuk turut sama bercuti sampaikan sesat-sesat mereka di Alor Setar. Sehinggakan Wak yang menjadi saudara angkat pasangan ini pernah sama-sama berhari raya di kampung makcik seripah_t sewaktu sambutan Aidiladha yang lalu.

Arakian pada suatu hari, terdengarlah akan telinga makcik seripah_t ini tentang butir-butir perbualan dua orang wanita di kampung beliau.

“Anak lelaki saya tu engineer. La ni saya tengah dok cari calon untuk dia la.. Kalo boleh nak cari yang cikgu..” kata seorang makcik.

“La.. Anak menakan saya tu kan ceygu gak. Dok mengajaq kat Sabah nu..” balas teman berbual makcik itu.

“Tapi lepa nak cari yang putih-putih, yang segak-segak..” kata makcik itu lagi.

“Err.. Anu..” sampai terspeechless teman berbual makcik tersebut seraya berlalu meninggalkannya .

Apabila terdengar akan butir perbualan itu, segeralah beliau mengemas bagasi pakaian dan laptopnya lalu pulang ke Sandakan, tempat beliau mengajar. Rupa-rupanya cuti persekolahan beliau dah tamat. Maka pulanglah beliau untuk kembali menjalankan tugas untuk mengipas pengetua eh..mendidik anak bangsa.

Maka setelah bermulanya seisi persekolahan, segeralah cikgu seripah_t ini mencari teman bersembangnya, cikgu fara. Lalu diceritakanlah akan butir-butir perbualan yang beliau dengari sewaktu di kampung dahulu.

“Eh.. Betul ke seri ni? Macam tak caye je..” kata cikgu fara apabila dikhabarkan perkara tersebut.

“Betui ni kak fara. Takkan la saya nak tipu kak fara plak..” balas ceygu seripah_t.

“Egege.. Akak percaya la.. Ape la seri ni..”

“Ngehngehngeh.. Ingatkan kak fara tak caye tadi..”

“Caye la.. Eh kejap ye seri.. Akak nak pi iron baju jap. Nak iron baju laki lagi..” kata cikgu fara tiba-tiba lalu meninggalkan ceygu seripah_t sendirian.

“Ha.. Ye la.. Pastu ape plak yang jadik?”

Maka berbaliklah kepada asalan cerita. Bertentangan dengan rumah pasangan aJuL dan Luv pula telah terletaknya rumah bujangan kampung tersebut. Di sinilah tinggalnya Naruto dan toxic bersama dua lagi kawan mereka, azhar dan Neo. Walaupun mereka ini bersekedudukan dan bukan muhrim antara satu sama lain, namun hubungan mereka tidaklah semesra yang dijangka. Hal ini berlaku kerana perselisihan faham yang melibatkan makcik seripah_t.

“Aku??”

Ya.. Dulunya memanglah ramai wanita-wanita penyeri kampung ini. Nama-nama seperti Puteri, uzaifa_firda, Jesnita72, Dayah, fara, cahaya_kekasih, jean^grey dan miss^aisah (sekadar menyebut nama yang masih diingat) tidaklah boleh dipandang sebelah mata. Namun segalanya kini tidak seperti dulu. Kekurangan kaum wanita telah meninggalkan makcik seripah_t bersendirian di situ. Maka telah menjadi rebutanlah akan makcik tua ini di kalangan mereka sehingga bermusuh-musuhanlah di antara mereka sekaliannya.

Adapun setelah berkahwinnya akan makcik seripah_t dengan Nars, maka kecewalah sekalian mereka itu. Naruto kini telah berkira-kira untuk mencari bakal isteri yang mempunyai ciri-ciri seperti makcik seripah_t. Manakala toxic pula kini telah insaf dan bergelar imam masjid kampung tersebut.

Neo dan azhar pula telah menceburkan diri dalam dunia seni dengan menghadiri ujibakat lakonan. Dengar khabarnya Neo telahpun popular dengan sekuel filem beliau, The Matriks 3 x 3 sedangkan azhar pula hanya berlakon dalam filem dan drama tempatan. Antara drama bersiri beliau yang masih diingati ialah Mya Zara di mana beliau memegang watak sebagai seorang abang yang gagap. Beliau ingin juga memegang watak Mya Zara tetapi tidak jadi sebab makcik seripah_t tidak suka akan Eja yang memegang watak tersebut.

“Ko ni sipah.. Apsal plak ko tak suka kat Eja?” tanya rudi untuk menyelit sikit dalam penceritaan.

“ Err.. Sebab Eja tu salu bawak watak pompuan yang lemah. Asik-asik kena nangis. Meciks la aku..”

“Nama aku mana ni?” kata cewan pula.

“Eh.. Lupa plak aku. Aku buat ko jadi hosmet toknet la. Bleh tak? ”

Bersebelahan dengan rumah bujangan ini pula letaknya rumah yang didiami oleh misteri dan cewan serta seorang lagi watak dalam cerita ini iaitu mukhriez. Di sini jualah tinggalnya rizal sewaktu zaman mudanya sebelum berkahwin. Para-para mereka ini juga turut sama menaruh hati pada makcik yang sering diwar-warkan iaitu seripah_t. Seperti yang umum sedia maklum, misteri merupakan dukun di kampung itu. Beliau memulakan kerjaya sebagai dukun setelah pinangannya ditolak oleh seripah_t, dengan harapan supaya dapat mengenakan santet kepada makcik yang tersebut.

Tidaklah lengkap andainya tiada sebarang kedai makanan di dalam sesebuah kampung (padahal kedai mamak ada jual makanan). Begitu jualah kiranya di dalam kampung ini. Maka dijadikanlah akan cewan itu sebagai seorang tukang masak ala-ala Chef Wan di situ. Walau bagaimanapun, ada cerita di sebalik suatu cerita. Rupanya cewan ini menjadi tukang masak kerana rasa taksubnya beliau terhadap air tangan makcik seripah_t. Tiadalah perlu untuk dipuji setinggi langit biru kerana air tangan seripah_t ini memanglah sedap. Kalau tidak, takkan la beliau boleh promote Mee Kari kat Nars plak kan? Manakala mukhriez pula kini telah menjadi tukang cuci pinggan di sebuah kedai makan seperti yang beliau nyatakan.

mukhriez said...
huhuhu sapa lagi dua org tu sipah?? bgtau le.aku suka watak jahat neh. muuahahhaha ehh baru aku terperasaan yg nama aku ada kat bawah tu sbg tukang cuci pinggan katanya huhuhu

“Abg mawi!! Lob yu wey!!”

“Err kak yan minat kat abg mawi ke? Wak tak tau pun..”

“Isk asik aku je yang kena ni.. Ko tipu la echi..”

“Ntahnya.. Part citer bulu ketiak cewan pun ade.. Ni aku duduk mana pulak ni?”

“Cop2.. Ko ni sape?”

“Rudi la..”

“Haa.. Ko rudi.. Ko jadi mat rempit kampung sebelah aje la.. Ala-ala Rosyam Nor dalam KL Menjerit.”

“Ecece.. Mention nama Rosyam Nor nampak. Nama Nasha Aziz mana? Jeslina Hashim ko sume tu taknak taip ke?”

“Erk.. Manade aku suka Jeslina Hashim. Lagipun Jeslina Hashim bukannya reti masakkan aku meggi.. Hahaha..”

“/me away sat..amik asam boi..”

“Ahaha. . Jeles la tu.. Dah wey.. Aku nak sambung citer pasal rudi plak ni..”

Rudi pula ialah seorang mat rempit dari kampung sebelah. Tetapi beliau bukanlah seperti mat-mat rempit yang biasa digambarkan dalam media cetak dan media elektronik tempatan. Beliau merupakan mat rempit yang berwawasan. Datangnya ke kampung tersebut jua bukanlah untuk membuat onar. Cuma untuk saje-saje melepak sembang-sembang mana yang patut.

Sedang mereka melepak-lepak, kelihatan kelibat tiga orang manusia sedang berjalan menuju ke kedai tersebut..

“Sape tu?”

“Ntah la.. Bujang lapok ke ape ntah..”

“Memandai la ko.. Mana ade geng bujang lapok pompuan.. Cina pulak tu..”

“Rizal la wey. Tapi apsal plak dia datang dengan cina tu? Ko ade utang kat Along ke due?”

“Aku keje kat office la Wak. Mana ade nak pinjam Along”

“Abis tu tadi aku baca kat atas tadi ko bukak kedai mamak..”

“Mana la aku tau echi ni ha yang buat citer..”

Maka teruslah mereka berbual-bual sesama sendiri sementara menunggu ketibaan rizal ke kedai itu. Untuk pengatahuan pihak pembaca, rizal sebenarnya baru pulang dari honeymoon kat Pulau Pinang. Biasa la..kat area sana kan banyak gak orang cina.

“Weh orang-orang kampung!! Aku dah balik!!” jerit rizal apabila menghampiri kedai tersebut.

“Ko ni rijal.. Kalo datang ni musti nak kutuk aku ni.. Meciks la ko ni..” kata sape la ni..

“Manade tipah.. Aku balik ni pun bawak member la.. Diorang datang nak tengok-tengok kampung kita. Ni yang sepet ni nama dia bukan Jason yang ko minat dalam citer Sepet tu. Nama dia william. Yang pompuan tu wife dia. Ha..ade ke aku kutuk ko?” balas rizal.

“Err..takde ke? Abis tu sape yang cakap aku minat Jason tadi? Ajul je? Cewan ke? Neo kot yang cakap tadi. Ni member ko ni reti ke cakap melayu?”

“Hai. I william. Ini wife I ialah bernama Jerlyn. You faham tak ape I cakap? ”

“Kitorang faham la. Ape ko ingat kitorang ni teruk sangat ke?” balas aJuL pula. Sebab ape aJuL? Sebab biasa aku nampak aJuL je la yang selalu chat dengan william kat cenel.

“Okok.. I ingat you tak faham ape I cakap..”

“Faham la..” balas seripah_t pula.

“Kakak.. Jangan la marah..”

“Eh.. Apsal plak panggil aku kakak ni? Aku bukannya kakak ko..” tiba-tiba seripah_t mempasankan diri beliau.

“I bukan panggil you kakak la. Tadi itu ialah I ketawa ma..”

“Err.. Anu..”

“Ceygu sasabila.. You malu kah? Hahaha..”

“Uwuu uu.. Aku pun nak bercakap jugak..”

“Kesabaran Naruto.. Kesabarannn”

“ Eh ngarut la ko ni echi.. Het yu wey. Tatas..”

“e||e lele.. Mogok ke kak pah?”

“Ha’ah. Aku mogok pada keadaan. Huhu!”

Maka mogoklah akan seripah_t itu selama berminggu- minggu jualah adanya. Adapun sepanjang proses mogok itu tiadalah beliau mandi walaupun secebis air. Tiadalah jua beliau kerap onkan akan tv astro beliau. Hanyalah sekejap-sekejap sahaja beliau onkan untuk melihat sama ada terdapat sebarang berita terbaru di televisyen. Itupun mengenangkan akan bil astro yang dibayar pada setiap bulan. Hatta setelah kembalinya beliau dari rajuk yang panjang itu, maka mandilah beliau dan terus menjalani hidup seperti sediakala. And then, she lives happily ever after with her life.. Or was it really ‘happily ever after’? With a life that has no one else to share with? How would that be happy?

Sekian terima kaseyyyyy....