:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





30 March 2011

kering kah?

Sebenarnya ia adalah satu fasa rasa yang normal. Bila mana kehidupan semasa mengubah persepsi kita terhadap dunia. Dan bila mana kelangsungan hidup itu membuatkan kita sedikit berubah dengan ataupun tanpa kesedaran kita. Kerana ya Mohd Adiff, kerana selagi kita hidup sebagai manusia, maka selagi itulah kita akan berubah bersama masa. Norma logik akal yang kadang-kadang terlepas seketika daripada pandangan mata.

Dan bila bercerita tentang perihal letak duduk kehidupan pada skala nyata, bermakna akan ada aspek merasa dan terasa. Akan ada situasi sukar bila mana kita terasa menyalahkan dan disalahkan. Situasi yang sebenar-benarnya tidaklah seburuk yang disangka. Itu pun jika dan hanya jika kita faham bahawa memahami dan difahami sebenarnya adalah karma hidup dalam dunia.

Dan bila berbicara tentang perihal faham dalam konteks yang telus, biasanya kita akan sentiasa merasa bahawa khayalak tidak faham dan tidak ingin memahami. Walhal tanpa kita sedari, yang dijangka tidak memahami sebenarnya sangat memahami. Dan yang disangka menyalahkan sebenarnya cuma ingin meluahkan.

No hard and false. Setiap dari kita punya kehidupan dan permasalahan masing-masing. Dan kita memang sentiasa cuba memberikan yang terbaik terhadap kehidupan sendiri. Dalam masa yang sama, kita cuba untuk menjaga hati setiap pihak. Mengharap dan berharap agar kelompok umum dapat memahami tentang apa yang kita cuba perkatakan.

Dan akhirnya, segala pentaipan di atas hanyalah statement kosong semata-mata. Pada aku secara peribadinya, insyaAllah aku akan mampu untuk memahami situasi semasa. Ya, mungkin aku akan merasa dan terasa. Tetapi. Tetapi terasa bukan bermakna aku membenci sesiapa. InsyaAllah aku cukup faham untuk hidup sebagai manusia. Dan insyaAllah aku akan sentiasa cuba untuk memahami seadanya.

Benar bahawa niat tidak menghalalkan cara. Tetapi apa yang tersurat cuma luahan rasa. Bukan untuk kondem sesiapa. Assalamualaikum dan terima kasih kerana membaca. :D

21 March 2011

dan sebenarnya

Heh...sebenarnya yg pertama ialah aku bosan..bosan yg paling amat sangat ketara sekali..mcm2 sbb utk rasa bosan..kat tmpat keje mmg sah2 la bosan..bosan sbb kena masuk kul 8...bosan sbb kena balik lps kul 5..bosan sbb projek ni bermasalah..so secara langsung menambahkan masalah aku yg sedia ada..pastu kat umah pun bosan..bosan sbb xtau nak buat apa..

Sebenarnya yg kedua ialah aku lapar...lapar nasik..ada maggi kat bawah..ada roti..tapi aku still lapar nasik..tapi jugak aku malas nk kuar..sebab moto cabuk tu xdak lampu..tapi aku lapar..tapi malas nak keluar..tapi lapar..ok deal..satgi masak megi..

Dan sebenarnya yg ketiga ialah dada aku sakit sebab meniarap..hari pertama kat sini aku beli baldi..kunun nk mencuci baju2 kotor la..sebab kat sini xde dobi pink..fast clean pun xde..so dengan hati suci murni aku pun beli baldi..sampai jer kat rumah, baldi tu aku terbalikkan buat kerusi..

Sakit punggung duduk kat atas baldi..so kdg2 aku alas kain..tapi biasanya mmg x alas..terus duduk jer mcm org x berperasaan..dan akhirnya baldi tu pecah..padan muka..terpaksa aku menaip sambil meniarap..bosan betul bila xde baldi..

Sekian terima kasih.