:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





03 May 2011

To My Everdearest You

First of all, saya nak minta maaf jika situasi semasa buat kamu terasa. It's not that I hate you nor I dislike you. In fact sebagai seorang kawan, I do really miss you. As much as I always do.

Janggal rasanya. Kita keluar bersama. Makan semeja. Duduk pun sebelah-sebelah saja. Kita berendam kaki hingga kepala. Kita juga sumbangkan suara. Kita ada dalam hampir setiap cerita. Tapi kita tidak lagi bertegur sapa.

Benar bahawa kita tak pernah ada ikatan apa-apa. Practically, kamu sudah tiada di hati saya. Dan di pihak kamu pula saya hampir tak pernah ada. Yang tinggal cumalah kenangan waktu kita bersama.

Kamu adalah seorang kawan yang baik. Sangat baik. Saya berani katakan bahawa kamu adalah antara spesis terbaik yang pernah mewarnai perjalanan hidup saya. Seorang kawan yang jadi tempat untuk saya bercerita. Dan tempat saya mendengar cerita. Jua tempat untuk menyanyi pada malam-malam buta.

Cuma, mungkin silapnya bila perasaan sayang pada kamu dah mula ada. Membuatkan kita semakin jauh daripada paksi yang nyata. Membuatkan kita semakin hilang daripada "kita" yang pernah kita ada.

Saya tidak pernah membenci kamu. Malah tidak pernah salahkan kamu. Bukan hanya sedetik atau dua tiga detik, tapi pada setiap detik perasaan itu tak pernah terdetik. Mungkin sudah takdirNya bahawa cerita kita hanya tinggal cerita.

Saya rindukan persahabatan lama. Saya amat rindukannya. Ingin cerita kita kembali normal seperti kawan biasa. Tetapi dalam masa yang sama, saya takut untuk bermula semula. Takut terlalai dengan kenangan masa muda.

Kerana hakikatnya, cebisan kamu masih lagi ada di hati saya.

0 Comments:

Post a Comment

a

<< Home