:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





18 April 2011

bila bulan berwarna biru

Tidak tahu bagaimana ia bermula. Tidak tahu dari mana ia berpunca. Tidak tahu sejak bila. Tidak tahu kenapa. Dan tidak tahu mengapa. Tapi saya rasa, saya mula sukakan dia. Hanya sekadar suka. Agaknya hanya sekadar suka.

Bermula pada pandangan pertama. Diikuti pada pandangan yang kedua. Bersambung pada pandangan ketiga. Dan pandangan keempat. Dan pandangan kelima. Dan pandangan-pandangan seterusnya. Terasa sejuk dan selesa apabila melihat dia. Seperti ada ais membeku di bawah kelopak mata.

Mungkin ini adalah naluri. Mungkin juga cuma ayat penyedap hati sendiri. Mungkin sekadar watak yang datang, singgah dan pergi. Mungkin nanti masa akan membantu saya mencari erti. Dan pasti, tidak akan kita mampu untuk tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari.

Saya masih pada tahap sifar. Langkah belum diatur lagi. Hanya mata yang mengekori. Mengukir senyum daripada tepi. Menanti peluang yang masih dinanti. Memberi masa untuk kenal diri sendiri. Mencuri pandang dan terus memerhati.

Bagai melihat ke arah bulan. Cantik pada waktu senja. Merah dan seakan menyala. Memberi perasaan syahdu dan kagum akan kebesaranNya. Dan cantik juga pada waktu malam. Diselimuti warna yang penuh biru. Tenang. Damai. Yang akhirnya menjadi tajuk sebuah lagu.

Kesimpulannya, saya suka melihat dia. Bukan kerana dia cantik. Tetapi kerana saya sendiri suka. Itu sahaja. Assalamualaikum dan bersambung di lain cerita..

0 Comments:

Post a Comment

a

<< Home