:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





08 May 2011

selamat hari ibu, mak

Sebenarnya daripada tadi saya ingin menaip sesuatu. Sesuatu yang dapat menggambarkan penghargaan saya pada seorang ibu. Tapi semakin lama saya semakin tak tahu. Atau lebih tepat, saya sebenarnya semakin tak mampu. Tak mampu untuk mengekspresikan penghargaan itu.

Pada saya, kita memang mampu kata yang kita selalu sayangkan dia. Kita memang mampu berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanannya. Kita memang sentiasa berdoa agar dia sihat sejahtera. Kita memang sayangkan dia lebih daripada apa yang kita sendiri rasa. Dan kita memang sedekahkan Al-fatihah untuk bekalan dia di sana. Tapi hakikatnya, tetap tak ada sebarang kata yang mampu menilaikan penghargaan kita.

Bukan kerana dia adalah tidak bernilai. Tapi kerana dia adalah tidak ternilai.

Salah seorang adik saya pernah berkata bahawa wanita yang sedang bersalin sebenarnya seakan bertarung dengan nyawa. Arwah emak saya ada tujuh orang anak kesemuanya. Bermakna tujuh kali beliau berusaha untuk membawa kami melihat dunia. Bagaimana bagi pihak anda semua? Jumlahnya mungkin lebih, mungkin kurang dan mungkin juga sama.

It doesn't matter. Sebab setiap daripada kita punya takdir dan ketentuan yang berbeza. Seperti juga tempoh masa yang kita ada semasa bersama dia. Ada yang sejak lahir ibu telah tiada. Ada yang menerima kasih sayang selama 12 tahun sahaja. Ada yang selama 24 tahun dapat hidup bersama (saya la tu). Ada yang mempunyai ibu lebih daripada satu, lebih daripada dua dan ada yang lebih daripada tiga. Ada yang ibunya masih lagi dipanjangkan usia. Dan ada yang pergi lebih awal mendahului ibunya.

Biarlah sesingkat mana waktu yang ada. Biarlah detik tu sekejap cuma. Apa yang penting, waktu yang ada akan memberi kita kenangan terhebat sepanjang usia. Well said, seorang ibu bukan semestinya kerana dia sentiasa ada di sisi. Tapi adalah kerana dia sentiasa ada di hati.

Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.

Juga Selamat Hari Ibu kepada arwah mak saya. Semoga aman dan tenang di sana. Al-fatihah..:)

05 May 2011

semua tentang kita

Sejak kecil aku belajar untuk hidup dengan cara sendiri. Mungkin cara aku silap. Mungkin jalan aku salah. Mungkin langkah aku tidak cukup gah. Tapi tak apalah. Sebab aku percaya bahawa aku bukan cukup lemah untuk rasa mengalah.

Sejak kecil aku belajar untuk jadi seorang yang tidak mudah berputus asa. Aku jadi seorang yang degil, keras hati dan keras kepala. Aku akan terus cuba selama mana hati aku ingin mencuba. Even aku sedar bahawa peluang aku begitu hampir dengan tiada.

Sejak kecil aku belajar tentang kompromi dan timbangrasa. Belajar memahami dan berkongsi rasa. Belajar mengerti tentang sebab dan akibat sesuatu perkara. Belajar untuk menjaga hati sendiri walaupun sedar bahawa aku bukanlah penyabar orangnya.

Dan sejak kecil aku belajar tentang takdir dan hukum karma. Tentang Qada' dan Qadar Yang Maha Esa. Aku belajar bahawa kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya. Aku belajar bahawa kita perlu mencuba tapi tak semestinya kita sentiasa berjaya.

Well said, kita belajar untuk faham dan kita belajar untuk terima. Kita cuba perbaiki sebuah naskah cerita purba. Dari mana untuk bermula memang menjadi pokok utama. Tapi apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk kita mengakhirinya.

Pak Ramli selalu cakap, kebahagian yang sebenar datang daripada memberi, bukan menerima. So aku harap aku dapat memberi yang terbaik untuk semua..