:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





20 April 2011

bila bulan berwarna merah

Saya baca semula notes yang sebelumnya. Dan tiba-tiba teringat salah satu dialog Amy Mastura dalam cerita Puteri Impian. Tentang bulan siang. Lebih kurang begini ayatnya:

"Tengok tu..bulan siang..jarang diperhatikan tapi ia ada..sekejap lagi bila matahari terbit hilanglah ia.."

"Setiap manusia ada takdir masing-masing..kita tak boleh jadi orang lain..kalau tak kita akan tersesat.."

"Macam bulan..bulan tak boleh jadi matahari..tapi bulan gemilang di waktu malam..tak semua orang boleh jadi putera raja..dan tak semua orang boleh jadi gadis kilang.."


Macam tu la kot dialog dalam cerita. Maaf kalau silap sebab secara jujur saya bukanlah pelakon utama. Berbalik kepada cerita pasal bulan siang. Pada saya kebenaran dialog tu memang ada. Bulan siang memang jarang diperkata. Tidak ramai yang sedar akan kewujudannya. Dan tidak ramai yang peduli akan kehadirannya.

Pada notes yang lepas, someone ada berkata bahawa saya menggambarkan bulan sebagai kecantikan seseorang wanita. Jawapan sebenar saya - mungkin tapi tidak semestinya. Kenapa? Sebab bulan memang cantik daripada jauh. Memang memukau pandangan mata. Tapi bila dekat ia bukanlah seindah yang disangka. Terima kasih jika faham. Dan maaf jika memeningkan kepala.

The conclusion is, cantik sebenarnya adalah subjektif pada kita semua. Mungkin dia tidak cantik pada dia tetapi dia tetap cantik di mata dia. Mungkin dia rasa dia cuma insan biasa tetapi dia tetap sukakan dia.

So, cukuplah untuk kita hanya jadi diri sendiri. Macam bulan. Yang tak boleh jadi matahari..:)

19 April 2011

tumpang menaip

It's not fair for me..

Bila aku ingin bercerita, means aku akan bercerita dan bergerak bersama masa. Tidak perlu untuk paksa. Tidak perlu untuk pertikaikan tentang olahan frasa yang ada. Kalau kau memaksa aku, bererti kau bukan lagi pendengar setia.

Bila aku mulakan cerita, means aku dah letak rasa percaya. Dan insyaAllah aku akan habiskan cerita hingga akhirnya. Kau cuma perlu letak sedikit sabar. Dan kalau kau rasa masa untuk aku ialah tiada, better say it out and aku boleh tunggu di lain ketika.

Aku cuma ingin bercerita. Itu sahaja. Kalau kau tak dapat faham pun tidak mengapa. Kalau kau buat muka blur pun aku tetap terima. Kau tahu aku macam mana. Aku akan detailkan setiap babak yang aku rasa aku mampu cerita. Sehingga kau faham. Sehingga kau faham seada-adanya.

Tapi jangan paksa. Aku rasa tak selesa. At times u force me, means that story finish already.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum and sorry sebab terpaksa menaip kat sini.

18 April 2011

bila bulan berwarna biru

Tidak tahu bagaimana ia bermula. Tidak tahu dari mana ia berpunca. Tidak tahu sejak bila. Tidak tahu kenapa. Dan tidak tahu mengapa. Tapi saya rasa, saya mula sukakan dia. Hanya sekadar suka. Agaknya hanya sekadar suka.

Bermula pada pandangan pertama. Diikuti pada pandangan yang kedua. Bersambung pada pandangan ketiga. Dan pandangan keempat. Dan pandangan kelima. Dan pandangan-pandangan seterusnya. Terasa sejuk dan selesa apabila melihat dia. Seperti ada ais membeku di bawah kelopak mata.

Mungkin ini adalah naluri. Mungkin juga cuma ayat penyedap hati sendiri. Mungkin sekadar watak yang datang, singgah dan pergi. Mungkin nanti masa akan membantu saya mencari erti. Dan pasti, tidak akan kita mampu untuk tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari.

Saya masih pada tahap sifar. Langkah belum diatur lagi. Hanya mata yang mengekori. Mengukir senyum daripada tepi. Menanti peluang yang masih dinanti. Memberi masa untuk kenal diri sendiri. Mencuri pandang dan terus memerhati.

Bagai melihat ke arah bulan. Cantik pada waktu senja. Merah dan seakan menyala. Memberi perasaan syahdu dan kagum akan kebesaranNya. Dan cantik juga pada waktu malam. Diselimuti warna yang penuh biru. Tenang. Damai. Yang akhirnya menjadi tajuk sebuah lagu.

Kesimpulannya, saya suka melihat dia. Bukan kerana dia cantik. Tetapi kerana saya sendiri suka. Itu sahaja. Assalamualaikum dan bersambung di lain cerita..

16 April 2011

dengan secara tiba-tiba XD

Siyesly. Berlaku tiba-tiba. Buat saya terspeechless. Terdiam. Terpana. Terpaku seketika. Terfikir. Tentang cerita lama. Tentang dia. Tentang saya. Tentang akhir naskah purba. Tentang harapan. Tentang cerita-cerita dan cita-cita. Tentang stalker. Tentang bahagia. Tentang kenangan masa muda.

It's not that I hate her. No. Never. Tiada benci. Tiada tak suka. Tiada juga perasaan yang lama. Neutral. Normal. Rela. Terima. Harap yang terbaik untuknya.

Cuma tak sangka. Anjattt saya. Kenapa dia. Kenapa tiba-tiba. Dalam hati. Saya tertanya. Bukan saya berburuk sangka. Bukan mengharap apa-apa. Cuma tertanya. Walaupun mungkin sebab tu ialah tiada. Walaupun mungkin hanya niat dengan sahaja.

Tapi. Walaupun tertanya. Tetap tak terfikir untuk bertanya. I mean tak terfikir untuk bertanya direct kepada dia. Sebab. Tiada. Tiada sebab yang nyata. Biar. Biar soalan kekal tanpa suara. Biar jawapan kekal sebagai tiada.

Harap dia terus gembira. Harap cerita lama bukanlah dusta.

Assalamualaikum.

Semoga. Bahagia. Hingga. Akhirnya.

15 April 2011

seikai

Sebenarnya dunia politik ialah dunia yang aku tak suka. To make it clear, dunia yang paling sekali sungguh amat terlalu sangat aku tak suka. Walaupun aku pernah konon-konon berdebat dengan Encik Jamak berhubung isu-isu semasa, tapi hakikatnya rasa suka tu sedikitpun tak pernah ada.

Sorry to say kepada pihak pembangkang dan pihak pembela. Pada aku dunia politik ni sangat kotor dan penuh cela. Aku lihat, aku baca, secara tak langsung tahu la jugak apa yang berlaku di sini dan di sana. Bukan setakat baca Berita Harian dan Metro semata-mata. Tapi Harakah dan Suara Keadilan pun aku baca bersama.

Kebiasaannya, kebiasaannya aku cuma baca sekadar "baca". Yang sini fitnah di sana. Yang di sana pulak memutarkan fakta. Yang di sini guna pengaruh kuasa. Yang di sana cakap kosong belaka. At the end, aku cuma baca tanpa letak rasa percaya. Lantak pi la. Terpulang masing-masing nak buat macam mana.

Cuma sebagai manusia biasa, aku harap sangat agar media elektronik tak terrrrrrlalu memihak pada kompenen-komponen utama. Terlalu ketara. Terlalu jelas dan terlalu nyata. Menimbulkan rasa meluat dan bosan yang tidak terkira. Menghadirkan rasa menyampah dan marah yang tidak terhingga.

Bila persidangan parti utama, SETIAP HARI hampir 30minit FOKUS pada persidangan SAHAJA. Bila Pilihanraya Sarawak bermula, disediakan pula slot khusus menggambarkan yang parti itu adalah pihak pembela. Dicanangkan serata dunia untuk memburukkan pihak lawannya.

HABIS TU KAMI NI TAK PERLU TENGOK BERITA? ATE NYE KROJE TEMAN NAK TENGOK MIKE SAHAJA?

Kalau ini la yang digambarkan sebagai "adil dan saksama" dalam sistem pemerintahan Malaysia, aku rela untuk terus jadi orang jawa yang tak pernah reti cakap bahasa jawa.

Assalamualaikum dan sekian sahaja.

14 April 2011

dua puluh satu perpuluhan sembilan dua lima

Based pada notes sebelumnya, ada yang bertanya tentang relevan letak duduk gambar terhadap keseluruhan cerita. Yang sebenarnya aku faham. Dan aku tahu kenapa. Ya. Aku tahu mengapa gambar itu yang jadi pilihan utama.

Notes tersebut berkisar tentang "knowing a reason won't fix anything" sebagai antara frasa pemula. Dan gambar tertera pula ialah simbolik kepada seseorang yang sedang terluka. Pity her. Kesian dia. Dia sakit. Dia hiba. Dan dia rasa yang kesakitan tu seakan membunuhnya. Dia tahu sebabnya. Tapi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Ok. Itu adalah sebab untuk gambar tersebut disertakan bersama.

Dan satu lagi. Sebenarnya aku menaip adalah untuk saja-saja. Mungkin sebab aku sendiri suka bercerita. Walaupun aku sedar bahawa tak semua orang faham tentang erti "kenapa" dan "mengapa". Tapi untuk aku, it doesn't really matter. Sebab cerita aku bukan untuk sesiapa. Bukan untuk dia dan bukan juga untuk dia. Cerita aku adalah untuk aku sendiri rasa. Dan kalau bernasib baik, mungkin cerita yang sama akan menjadi cerita kita.

Jika dan hanya jika kamu membaca bersama "rasa"..Assalamualaikum dan terima kasih seada-adanya..:)

13 April 2011

the reason

Saya terbaca sebaris ayat yang bertaip begini:

"Knowing the reason won't fix anything now."

Dan saya terspeechless seketika. Benar bahawa ayat tu sangat sedap untuk dibaca. Etlis sedap pada deria mata saya. Ayat tu ada jiwa. Ada perasaan yang diletak bersama. Tapi tak tahu kenapa, ayat tu seakan ada yang tak kena. Seolah-olah sebaris ayat tipikal untuk seorang yang putus asa. Kosong. Hiba.

Tepuk dada tanya selera. Dan tepuk la dahi kalau terasa. :P

Actually saya tak refer pada sesiapa. Sebab sebenarnya ayat tu memang ada benarnya. Bukan semua tapi kebiasaannya. Mungkin sebab saya sendiri pernah mengalami situasi-situasi di mana alasan tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Alasan tidak mampu untuk perbetulkan letak duduk sesebuah cerita. Dan alasan tidak mampu untuk kembalikan masa pada detik yang sebelumnya.

Dan lagi..

Setiap kita punya cara dan sikap yang berbeza-beza. Punya penilaian sendiri terhadap setiap alasan yang ada. Mungkin pada sesetengah orang, it's worth to keep trying. Fix everything until everything tu completely fixed. Dan mungkin pada segelintir pula, let it be. Move on dengan hidup sendiri. Redha dan terima kenyataan bahawa setiap yang kan terjadi tetap terjadi.

At the end, semuanya berbalik pada diri sendiri. Kita yang tahu bila kita perlu berlari. Kita juga yang tahu bila masa untuk berhenti.

"Knowing the reason won't fix anything. But sometimes, knowing the reason will fix something."

p/s: sorry la kalo skipping berterabur..assalamualaikum dan terima kasih kepada yang membaca notes ini..(.•_•.)v

11 April 2011

:) seketika

Dalam semak ada duri~
Ayam kuning buat sarang~
Kalau anda bijak pandai~
Siapa orang yang dimaksudkan?


Diam semua!! Tak payah teka pun tak apa. Sebab kalaupun tekaan itu betul, tidak semestinya tekaan itu "sahih" pada jari saya. Simply said, saya akan sentiasa deny seadanya..:D

Dan gambar kat sebelah ni, secara jujur mempunyai nama yang sama dengan salah seorang friend dalam facebook kawan saya. Jika anda hebat dan pintar, super power dan seumpamanya, sila cubalah anda google atau teka siapakah gerangan si pemilik nama.

Sinopsis cerita adalah seperti ini:

Seperti biasa saya menjelajah jenguk pandang dan lihat page kawan-kawan saya. But then bila saya tiba di satu profile salah seorang daripadanya, ternampaklah pula satu gambar yang membuatkan jari saya menaip cerita. Gambar seorang wanita sedang tersenyum simpul bersama kawannya.

First impression saya:

"KAMU DAH BERISI."

The conclusion is:

Saya suka melihat dia. Gambar dia membuatkan saya :) seketika..

04 April 2011

poco-poco

Okey. Mungkin notes kali ini akan menimbulkan protes yang nyata. Tapi sebelum apa-apa, aku nak mintak maaf seawal-awalnya. Sebab aku sebenarnya tak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama. Dan aku pun tak berniat untuk mempertikaikan fahaman budaya. Apa yang aku nak taip adalah apa yang sebenarnya aku rasa. Atas dasar logik akal dan pandangan peribadi aku sebagai manusia.

Rasanya ramai pun yang dah tahu pasal kontroversi dan kronologi tarian poco-poco ni. About the movement yang membentuk seakan huruf "t". Simbol salib mengikut pandangan para mufti. Dan mengikut sumber bacaan terkini, tarian poco-poco telahpun difatwakan HARAM oleh Perak Fatwa Committee yang mana akan digazetkan tidak lama lagi.

Honestly, ilmu agama aku bukanlah cukup tinggi untuk mengkomen hal-hal camni. Tapi pada aku segalanya bermula dari hati. I mean, niat hati kita sendiri. Dulu masa aku kecik-kecik aku pernah diajar tentang dosa dan pahala. Kalau tak silap statementnya lebih kurang macam ni:

"Bila terdetik niat di hati kita untuk melakukan kebaikan, maka dengan niat itupun telah diberi ganjaran pahala. Akan tetapi bila terlintas niat di hati untuk berbuat kejahatan, itu belum lagi dicatat sebagai dosa. Kerana Allah akan sentiasa memberi peluang kepada kita untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya."

Sorry kalau statement tu salah. Berbalik kepada tarian poco-poco, pada aku segalanya tetap berbalik kepada niat kita. Kalau niat kita tidak menyimpang dari akidah Islam, adakah itu pun dikira sebagai berdosa? Mengapa tidak terus diharamkan penggunaan huruf "t" dalam wacana bahasa? Terang dan nyata bahawa huruf "t" yang digunapakai dan simbol salib kristian adalah sangat serupa. :)

Ehem2..Bukan aku membantah keputusan HARAM oleh para mufti dan ahli agama. Dan memang benar bahawa niat tidak akan dapat menghalalkan cara. Cuma pada aku secara peribadinya, bukan urusan kita untuk menentukan perihal dosa dan pahala.

Assalamualaikum dan maaf jika notes ini menimbulkan rasa tidak selesa pada anda yang telah membaca.

02 April 2011

x_X

"Haiya...mati la aku kalau camni...T_T"

"Hahaha...mati-mati aku percaya kat kau..hidup-hidup kau tipu aku..busuk punya orang.."

"Ahh!! Pegi mati lah kau!!"

"Isk3..ramai bebenor org yg mati pasal gempa bumi kat Jepun tu.."

Dalam keluhan, dalam gurauan, dalam marahan malah dalam bualan. Sudah menjadi lumrah yang takkan mampu kita elakkan. Habitat bahawa yang datang biasanya akan pergi. Dan hakikat bahawa insan yang hidup tetap akan mati. Dari tanah kita datang dan pada tanah jualah kita akan kembali.

Sebenarnya memang perlu untuk kita mengingati mati. Muhahahahasabah diri. Cukup banyak ke amalan kita untuk dibawa ke dunia yang satu lagi. Cukup sedia ke kita untuk mengadap Ilahi. Persoalan yang bukan jer untuk orang lain tapi jugak untuk diri aku sendiri.

Okey. Drop that point. Sebab kita masing-masing yang kena jawab sendiri. Sebenarnya apa yang aku nak taip adalah pasal sikap. First ialah sikap sesetengah orang yang bergurau pasal mati. Mungkin "it's ok" pada sudut pandangan dan rasaan orang lain. Tapi pada aku, perihal hidup dan mati bukan sesuatu yang seronok untuk dibuat bahan bermain.

And second ialah sikap sesetengah orang untuk menghadapi mati. Putus asa. Nyawa masih ada tapi hidup seperti orang yang telah "tiada". Sorry to say, itu pun sebenarnya aku tak suka. Kenapa kau perlu "mati" ketika hayat kau masih ada? Ya. Mungkin mudah untuk berkata sebab bukan aku manusia yang merasa. Tapi pernah ke kau terfikir bahawa putus asa kau tu akan buat insan lain berduka.

Memetik bahan bacaan dari satu sumber yang aku dah lupa:

"Kematian bukanlah satu kehilangan yang paling besar dalam hidup. Kerana kehilangan yang paling besar itu ialah matinya apa yang ada dalam diri kita semasa kita masih hidup."

Sekian. Assalamualaikum dan selamat menikmati hidup.