:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





04 February 2009

saya benci tong sampah

suasana petang itu agak tenang..angin sepoi2 bahasa dengan lembutnya bertiup menyapa muka..kelibat insan yg lalu-lalang seakan panorama biasa pada pandangan mata..tiada yg cantik mahupun yg menarik..

kelihatan seorang insan comel berjalan sambil memandang telefon bimbit..baru sahaja beliau berlalu meninggalkan kedai yg menjual kad prabayar..syiling bertemu kertas menghasilkan gugusan nombor 16 digit yg bersedia ditekankan pada keypad telefon..

si comel itu menekan dengan penuh khusyuk dan ralit serta alpa yg tidak dapat disangkal..bermula dgn star diikuti dengan 122 dan kembali kepada star, beliau perlahan2 memasukkan no 16 digit itu..

selesai sahaja meng-key-in-kan nombor2 tersebut, beliau dengan penuh yakin dan tanpa rasa bersalah membuang kad prabayar tersebut walaupun belum menekan butang call..beberapa langkah melewati tempat pembuangan, beliau menekan butang call..maka terteralah ayat penyata bahawa beliau telah tersalah memasukkan nombor2 tersebut..

si comel terus kembali ke arah tong sampah..mulanya sekadar menjenguk2 (kes segan) dlm 5-6 kali, tapi lama kelamaan beliau nekad mengangkat penutup tong sampah tersebut dan cuba mencari kan prabayar tadi..

hahaha..hasilnya..hasilnya ialah beliau telah gagal..langsung tidak dapat dijumpai kad prabayar tersebut..beliau sangat kecewa..dan beliau sangat membenci tong sampah pada waktu dan ketika ini..

kesian beliau..