:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





31 December 2008

take a break

boleh x kalo aku nk lari?

soalan tu aku tnya pd diri sndiri..sebabnya..aku dah cuba untuk buat mcm biasa..aku dah cuba utk buat mcm xde pape..tapi tetap jugak aku xberdaya..tetap jugak aku xmampu untuk buang segala rasa..

aku bukan benci..aku dh xmarah..jauh sekali aku nk berdendam..the thing is..aku just xleh lupa..walaupun hal ni dh berlaku 2-3 tahun..tapi tetap jugak aku ingat segala rentetan cerita..

teringat kata zoela dlm citer bersiri sindarela..selagi ada parut in this heart, i will never forget what u did..mcm tu la dengan perjalanan cerita aku ni..luka tu tinggalkan bekas..sakit tu tinggalkan kesan..walaupun boleh je mulut aku mengungkapkan rasa ok dalam situasi normal..tapi hati aku masih tetap juga terasa sakit..

aku tak nak terus terasa sakit kerana ko ada..so walaupun berat, biar la aku stop je..suatu masa nanti, bila aku dah ok dgn situasi semasa, insyaAllah aku akan kembali ada..psl djchatzfm..aku pun xtau nk kata cmne..tgk la masa akan dtg nanti..buat ms ni aku xleh nk janjikan apa2..

lastly..thanks utk segala kenangan dan kegembiraan..

malam ini terlalu tenang

malam ini terlalu tenang

walaupun sepi tapi penuh dengan kenangan

terlalu sayang untuk aku tinggalkan semua ini

kepada insan yang aku agungkan

jangan putus harapan

teruskan hidup tanpa aku di sini

satu langkah dengan takdir jodoh

binalah satu kehidupan yang tiada tandingannya

yang tidak ternilainya

aku hanya di sini seketika menunggu waktu

pada malam ini

saat ini

dan kenangan hebat ini

akan aku bawa dia dalam hati ini terbang jauh

lebih jauh daripada angkasa

lebih jauh daripada cekerawala ini

30 December 2008

kais pagi makan petang, kias malam tak nampak bayang

first of all..aku ingin menyatakan tentang sesuatu perkara..

kat sini..aku selalu menaip..aku luahkan segala rasa ketidaksenangan aku terhadap pelbagai cerita..aku sampaikan segala ketidakpuashatian aku terhadap segelintir manusia..walaupun kadang2 org tau siapa yang aku maksudkan tu, tapi sesungguhnya aku memang tak pernah menuliskan nama sesiapa yg berkenaan tu sejara jujur dan nyata..

persoalannya kat sini, perlukah aku menaipkan nama untuk setiap hal yg aku cerita?aku xnak orang salah faham..aku xnak org aggap yg aku maksudkan dia..aku xnak hal2 yg aku taip ni jd salah faham n mengeruhkan lagi situasi yg sedia ada..

ayat aku memang selalu berkias dan berkais..hampir setiap ayat membawa makna yg tersendiri..dan ada antara intipati kandungan tu hanyalah difahami oleh org yg tertentu..wpn aku xkisah kalo org yg aku maksudkan tu xrespon pd setiap frasa ayat yg aku bina..tapi aku kisah sgt2 bila apa yg aku tulis disalahertikan maksudnya..

dan apabila keadaan tu berlaku..aku ni seolah2 terlalu keji..seakan2 terlalu buruk..padahal apa yg aku taip tu ditujukan kepada orang yg lain..

so kesimpulannya, perlu ke aku bgtau kat semua?perlu ke aku bgtau siapa encik berbaju kuning?perlu ke aku bgtau siapa yg kata aku sombong?perlu ke aku bgtau siapa yg available kat ym aku?perlu ke aku bgtau yg tajuk "Cermin" tu ditujukan kepada seorang pemuda?sesungguhnya setiap blog tu adalah untuk orang yg berbeza..dan aku memang x suka mementionkannya..

25 December 2008

i'm back

huh..dah lebih 2 tahun aku xsentuh blog ni..

rindu plak dengan sentuhan zaman muda2..

anyway, aku xde pape sgt pun yg nk ditaip..

just nk inform yg kemungkinan besar aku akan aktifkan balik blog ni..

sebab apa ye aku nak aktifkan?

ntah la..aku pun xpasti..

dari dulu2 lagi sebenarnya aku nk aktifkan balik..

tapi aku malas..

diulangi..aku malas..

sekian maseyyyy..

22 December 2008

Re: I'm Off

The above matter refers.

Please be informed that I had completed all my outstanding works. Note that the outstandings were inclusive of Hand Over Document and Monthly Report which will be used on 23rd December 2008.

Kindly ensure to hand over the related departments as promised. I will hold your responsibility for delaying the hand over as I had put my efford to assist you on these matter.

Please note that I need to sleep to recover my energy which was lost while completing my jobs. Do not disturb me with your calls because my mata is bagai digam-gam. Also note that I sound silly if I speak in English you know.

You are instructed to treat me Pizza immediately after the hand over.


Thank you.



Yours faithfully,



........................

p/s: Please sign sendiri..

17 December 2008

sombong

hanya kerana aku diam..aku dikata sombong..

hanya kerana aku rapat dengan seseorang..aku dikata sombong..

hanya kerana aku xmacam masa dulu2..aku dikata sombong..


tahukah kamu bahawa hubungan kita bukan seperti dahulu..

kamu xboleh halang aku untuk rapat dengan sesiapa pun yg aku mahu..

dan kamu xboleh harapkan aku terus-menerus melayan kamu seperti dulu..


aku memang org yg mcm ni..

sekali aku melangkah..insyaAllah aku takkan kembali..

sekali aku berpaling..insyaAllah aku takkan menanti..


cuma aku ingin kamu tahu..

walau mcm mana pun..kamu tetap kawan aku..

dan aku xpernah nafikan hakikat itu..


p/s: aku masih kawan kamu..selama mana yg kamu perlu..dan selama mana yg aku mampu..

16 December 2008

statement ketiga

statement pertama..

manusia semuanya sama..

statement kedua..

tiada satupun manusia yg serupa..

antara kedua2 statement..

yg mana betul..yang mana salah..

yg mana disokong..yg mana disanggah..


aku sedar bahawa setiap insan tu berbeza..

kembar sekalipun tetap tidak akan sama..

tapi pada waktu yg kosong..

aku akur bahawa terdapat persamaan dlm setiap perbezaan..

terdapat keserupaan dlm setiap kelainan..


hakikatnya aku tiada sesiapa..

tiada dia..tiada kamu..dan tiada semua..

hanya kerana kamu semua manusia..

hanya kerana aku juga manusia..

12 December 2008

masam masin manis pedas

hehehe..blog ini ditaip selepas ber'ym' dgn seseorang..seronok sbnrnya..seronok sebab dpt ber'ym' dgn dia..after all these time,akhirnya mlm ni kesempatan tu menjelma..selepas sekian lama,at the end peluang tu muncul juga..

perasaan tadi memang kepelbagaian..masam manis masin pedas sumenya ada..plot citer kitorg berkisar tntang perjalanan kehidupan semasa..tentang life..tentang skandal2..tentang gosip2 yg dia dengar dan baca..and most of the time,plot citer kitorg adalah tentang seripah_t..tentang status hubungan kitorg berdua..

sebelum2 ni lagi mmg nk sembang dgn dia..tapi sebab dia ni slu xde..dan kalo ada pun dia slu lari tiba2..so moment td adalah antara saat yg cukup aku suka..sbb setakat ni aku xpernah lupa kat dia..tetap jadikan dia sbgai yg 1st dlm senarai no fon yg ada..wpn yg lain2 telahpun aku tukar nama..

anyway..thanks kepada encik yg berbaju kuning..mesti sakit bahu tu sebab kerusi dgn meja xbalance kan kan?thanks lagi skali..sebab menjadi salah satu manusia yg aku xlupa..kepada yg lain2 jika anda membaca, msti mcm xbpe nk faham dgn apa yg aku cerita..mybe jugak mmg betul2 xfaham..jgn risau sebab entry ini ditulis memang utk jadi tanda tanya..

sekian maseyyy..

09 December 2008

cermin

apa entry aku pada kali ni?happy ke?moody ke?ceria ke?terasa ke?

pada aku..blog yg aku tulis adalah gambaran kepada apa yg aku rasa..bila merajuk, kat sini la coretan aku tertera..bila gembira, kat sini jugak la nukilan aku dibaca..bila marah, pun tetap jugak kat sini luahan aku bersuara..

terima kasih pada semua yg sudi membaca setiap karya..aku seronok sebenarnya bila menaip dengan segala aspek bahasa..walaupun tintanya sumbang pada logik yg ada..tapi tetap jugak aku seronok menyampaikan segala apa yg aku rasa..

dan kadang2 tu..ada sesetengah entry aku tu hanya dpt difahami oleh org yg tertentu..so mintak maaf la kalau ada entry aku tu menimbulkan keraguan yg nyata..contohnya pada waktu skg ni..aku sebenarnya terasa pada seseorang manusia..

siapakah dia? adakah kamu orangnya? sila simpankan rasa ingin tahu itu untuk beberapa ketika..sila curious..sila tertanya2..sila fikirkan sama ada kita punyai "sesuatu" utk dibicara..sila nilaikan sama ada ketidakpuashatian itu wujud antara kita..

sila renungkan setiap bait kata..sila tatap setiap cermin yg ada..kerana kamu akan tahu bahawa kamulah orangnya..

05 December 2008

hari ketiga

arini aku nk balik umah..gaji dh masuk..so aku nk joli2 dulu dgn duit yg ada..nk topup2 nk manja2 dgn henset..henset dh berlumut dh lama sgt xdisentuh..

maybe dgn kebalikan aku arini..dgn ketiadaan aku esok..dan dengan kecutian pada lusa hari dpt mengurangkan sesuatu rasa yg aku sndiri xbrpe nk pasti..

err..aku tau sbnrnya rasa tu..aku rasa windu kat seseorang..even aku tau org tu xwindu kat aku pun..heheh..tapi xpe la..aku pun xpernah harapkan pape yg lebih..just cukup utk aku tau yg dia berada dlm keadaan ok..

biar la dia cuti dulu..biar la dia lapangkan fikiran..biar dia tenangkan hati..

aku risau sbnrnya..apa la keadaan dia pd wktu skg..byk makan ke..banyak tido ke..byk nangis ke..banyak berangan ke..rasa mcm nak je call tnya keadaan dia..tapi x call jugak..

mybe setiap org mmg perlukan masa utk diri sndiri..bukan maybe..tapi mmg setiap org perlukan masa utk diri sndiri..cmtu jugak aku suatu masa dulu..melalui keadaan yg hampir sama wpn dgn org yg berbeza..yg akhirnya menyendirikan kewujudan aku utk bbrpa lama..

simply said..i do miss him..him?huhu i dont think so..lalala~

04 December 2008

lost in action

24jam dh berlalu..dan aku akan menghadapi 24jam lagi selama beberapa hari..

tak sabar rasanya nak tunggu 12/12/2008..hopefully dia akan available pd waktu tu..

anyway,aku tau dia perlukan masa..masa utk recover balik keadaan dia kpda yg asal..

aku harap dia akan ok..sebab aku mmg nak dia ok..

dan aku tahu insyaAllah dia akan ok..masa yg akan menentukan..

dan keinginan drpd dlm diri dia jugak yg akan memangkinkan proses recovery tu..

whatever it is..aku xnak dia tensen2..sebab nanti kesan tu akan terjangkit kat aku..

mcm sekarang ni..aku tensen sebab dia tensen..aku tensen sb dia xde..aku risau..wpn baru 24jam..

kesimpulannya..

adakah aku tensen, risau atau windukan dia?

salah2..semua salah..jawapannya ialah aku mengantuk..

hehehe..

02 December 2008

...pending on discussion

panjang nampaknya perbualan pada kali ini..padahal xde pape yg penting pun..lepas 90 minit, bersambung lagi utk hmpir sejam..bercakap2 smpai dh xtau nk ckp apa lg dh..lps drpd proses penggayutan, org yg menelefon mula membaca kembali rentetan cerita lama..dari awal hingga ke akhirnya..

perasaan pada ketika ini agak best bercampur risau n neves pd situasi mendatang..teruja mendengar cerita..seronok menyokong kekusutan yg ada..tp pd masa yg sama, risau fikirkan implikasi pd masa akan dtg..

betul2 xsgka kot..bak kata [echizen], unsangkarable betul kenyataan tu..sungguh sgt2 xdisangka..pemahaman terhadap cerita tu membuatkan persoalan2 sblum ni tampak semakin jelas n nyata..byk benda yg akhirnya bukan menjadi persoalan dlm sistem kehidupan..

pada masa yg sama,mmg xsgka yg itu adalah kenyataan yg hakiki..dlm perbualan td pun dh boleh "nmpk" bahawa org yg menelefon tu terkejut dgn statement org yg ditelefon..tiba2 lidah jadi kelu..spisles xtau nk ckp apa..

pada masa yg sama jugak..terfikir2 apa action yg akan dilakukan ms akan dtg nt..nk buat2 mcm biasa ke?padahal bukan ke buat2 mcm biasa tu seolah2 proses menyakitkan hati org lain?huhu..tapi xpe kot..akan menolong kalo itu adalah cara terbaik utk mengurangkan rasa sakit..

dan lagi..thanks sebab kenyataan yg simple tu..thanks sebab kenyataan yg menjawab pelbagai persoalan..thanks sebab sudi berkongsi cerita..err thanks jugak sebab tertido sewaktu mendengar suara org yg menelefon..heheh..

pesanan penaja utk kali ini: do as u wish..lupakan kalo rasa nk lupakan..at the same time, tggu status tu kalo itu boleh mendatangkan kepuasan..at the end nanti, biarkan status terkini tu tidak diubah..dan biarkan status yg akan dtg nanti memuaskan hati..

just igt tntang 1 perkara..ada 1 lagi perasaan yg belum dijelaskan sewaktu org yg menelefon mendengar cerita..