:: [ The | Pieces ] ::

States Of Love And Trust






My Photo
Name:
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia
   





09 November 2008

untuk aku yang memahami

lama aku memandang keyboard..berfikir dan terfikir tentang frasa ayat yang paling sesuai untuk memulakan pentaipan..sedang jauh minda aku menerawang mencari logik, tiba2 akal menjadi buntu..otak aku terus terkemam dalam tengkorak sendiri..pemikiran lantas menjadi kurang stabil..dan aku memulakan entry ini dengan begitu tidak bergaya sekali..

bagaimana pula dengan perut?tak usah ditanya kemana lapar itu pergi..kerana sesungguhnya perut aku masih tetap kat sini..

malam dimulakan dengan tatapan terhadap lagenda kehidupan sendiri..menatap setiap helaian gambar membuatkan hati aku menjadi sebak..terasa ingin menjerit tetapi pada masa yg sama mulut aku tetap mengukir senyum..terasa ingin berlari tetapi hati tetap tak ingin pergi..

sesungguhnya aku sangat rindukan kamu..melihat senyuman itu, memandang cebisan gambar yang terbaru, membuatkan aku tahu yang kamu gembira di situ..at least, aku nampak yg kamu gembira pada waktu itu..

dalam pada masa yang sama..kamu membuatkan aku terfikir..masihkah ada ruang untuk cerita ini kembali seperti dulu..tetapkah ada peluang utk menyambung kisah kamu dan aku..dan kalaulah benar kesempatan tu ada cuma untuk seminit, pinjamkanlah aku seutas jam tangan yang rosak. biar seminit tu takkan berlalu..kerana aku sangat sayangkan kamu..

kepada mereka yg tertentu, harap maaf..kadang2 tu, cerita daripada aku tidak semestinya berlaku pada waktu yang kamu mahu..bila masa memerlukan aku untuk menggarap epidod berdasarkan kesesuaian mood, bermakna aku memang memerlukan masa itu..aku sangat memerlukan masa itu..bukan kerana ingin men'delay' sesuatu..

harap bersabar kerana ini adalah cerita aku..

0 Comments:

Post a Comment

a

<< Home